Monday 27 January 2014

Penawar sakit sendi

Masalah sakit sendi tidak dialami oleh orang tua sahaja bahkan orang muda dan kanak-kanak pun boleh mengalaminya.

Pakar Ortopedik dan Pembedahan Tulang, Dr. John Ooi Tzen Chuong memberitahu, artritis boleh berlaku pada segenap lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
“Artritis adalah satu terma perubatan yang merujuk kepada keradangan pada bahagian sendi. Sendi boleh menjadi merah, bengkak, kejang, panas, sangat sakit dan tidak boleh bergerak,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Klang, Selangor baru-baru ini.
Tambah Dr. John, artritis merupakan satu kumpulan penyakit sendi yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu osteoartritis, reumatoid artritis, septic artritis (jangkitan kuman) dan reactive artritis (sementara).

(sumber utusan)

Apa itu sakit sendi Osteoarthritis?
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  1. Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
  2. Terdapat sakit yang sekejap-sekejap
  3. Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut

Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  1. Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
  2. Kekakuan pada awal pagi.
  3. Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
  4. Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
  5. Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
  6. Kelemahan dan kepenatan.
  7. Demam bergred rendah.
  8. Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
  9. Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Apakah puncanya?
  1. Berlebihan berat badan
  2. Pernah melakukan pekerjaan yang lasak.
  3. Ahli sukan yang terdedah pada kecederaan.
  4. Mengangkat beban dalam postur yang salah.
  5. Terlibat dalam kemalangan.
  6. Penyakit yang menyebabkan kekurangan rawan

Apakah cara mengatasinya?
  1. Dengan menurunkan berat badan sekiranya anda bertubuh besar.
  2. Bersenam untuk meningkatkan kelenturan pada tubuh badan.
  3. Wap panas dapat melegakan kesakitan pada sendi.
  4. Sebarkan berat badan keseluruh anggota badan secara sekata. Jangan menekan sendi terlalu lama.
  5. Makan makanan berkhasiat dan seimbang.

Apa kelebihan Shaklee dalam mengatasi masalah sendi?
Dalam mengatasi masalah sendi Shaklee ada menghasilkan suplemen yang di berbuat dari bahan semulajadi. Sumber yang digunakan Shaklee adalah dari ekstrak tumbuhan dan dijamin halal. Di antara keistimewaan Shaklee adalah:
  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini?
Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Setiap produk yang dibeli dari kami akan disertakan dengan kaedah pemakanan dan nasihat berkaitan dengan penyakit yang dihidapi.
Hubungi 0129624079 SMS/WhatsApp

“Kesihatan anda kebahagian kami”
read more

No comments:

Post a Comment

You may also like these stories

Rahsia kesihatan semulajadi