Tuesday 1 April 2014

CARA-CARA MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE



Assalamualaikum,
Sebagai permulaan untuk artikel bulan April ni saya nak terangkan tentang kaedah untuk mendaftar sebagai ahli baru Shaklee.

Shaklee merupakan syarikat yang besar dan teguh serta konsisten dalam jualannya. Maka keahlian yang diberikan adalah seumur hidup. Maksudnya setiap orang yang telah mendaftar sebagai ahli Shaklee tidak perlu membayar yuran keahlian setiap tahun. Selain itu, Shaklee juga tidak mengenakan apa-apa cas jika ahli yang telah mendaftar tidak membeli barangan Shaklee secara konsisten.

Siapa yang boleh mendaftar?

  1. Sekurang-kurangnya berumur 18 tahun
  2. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang menetap di Malaysia.
  3. Melengkapkan borang keahlian ahli
  4. Membeli Shaklee Distributor Opportunity Kit
  5. Mendaftar secara individu atau pasangan (jika sudah berkahwin anda tidak boleh mendaftar secara berasingan)


Mengapa perlu mendaftar sebagai ahli?

  1. Anda akan mendapat harga yang lebih murah daripada pasaran.
  2. Untung runcit jika menjual kepada orang lain.
  3. Anda akan diberikan bonus oleh pihak Shaklee jika mencapai jualan melebihi 150uv
  4. Anda layak untuk menerima pelbagai insentif dari Shaklee jika mendapat pangkat yang lebih tinggi. Antara insentifnya adalah bonus tunai, bonus kereta, pelancongan dan kenaikan ke ranking lebih tinggi.


Bagaimana cara mendaftar menjadi ahli Shaklee?
Anda boleh melakukan dengan dua cara iaitu:

  1. Daftar secara percuma jika membeli barangan lebih dari 200UV
  2. Daftar dengan cara membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM65 (tambahan RM10 jika termasuk kos penghantaran daftar secara online)


Mana yang lebih baik?
Jika anda ingin menjadi seorang pengedar dan menjual produk Shaklee saya cadangkan anda mendaftar dengan membeli barangan. Ini kerana dengan cara ini, anda akan tahu keberkesanan produk Shaklee setelah anda menggunakannya dahulu. Ini akan memudahkan anda memberi penerangan kepada orang lain dan anda akan lebih yakin dengan kualiti dan keberkesanan produk Shaklee.

Walau bagaimanapun jika anda telah mencuba dan hanya ingin menjadi ahli untuk mendapatkan harga murah sebagai pengguna, anda boleh mendaftar secara percuma. Jangan khuatir, tidak ada masalah jika pada masa akan datang anda ingin menjadi penjual juga. Ini kerana keahlian adalah berterusan dan sama. Tidak kira lah anda menjual atau sebagai pengguna sahaja.

Dimana boleh mendaftar?
Kaedah pendaftaran boleh dilakukan secara terus dengan saya, secara online atau secara walk-in ke cawangan Shaklee yang berdekatan dengan anda.

Apa yang perlu disertakan?
      A.    Cara mendaftar secara online, anda perlu ada kad kredit atau kad debit untuk melakukan pendaftaran.

1.      Daftar guna kad kredit
Anda perlu memastikan kad kredit anda di daftarkan menggunakan nombor telefon anda yang terkini. Ini kerana kata laluan akan diberikan di dalam telefon anda. Tanpa kata laluan transaksi tidak akan berjaya. jika kad kredit anda masih menggunakan nombor telefon lama yang tidak aktif, anda perlu pergi ke cawangan bank anda yang terdekat dan mengemaskini maklumat kad kredit anda.

2.      Daftar guna kad debit
Anda perlu mendapatkan kebenaran dengan bank terlebih dahulu sebelum melakukan transaksi dengan cara memaklumkan dengan bank anda ingin menjalankan transaksi dengan syarikat Shaklee. Ini kerana setiap kad debit mempunyai had penggunaan dan syarat yang berbeza. Sesetengah kad debit hanya membenarkan transaksi online sebanyak RM500 sahaja. Maka anda perlu mengubah terlebih dahulu syarat jika ingin melakukan transaksi yang lebih tinggi.

      B.     Mendaftar secara walk-in –
Anda perlu mempunyai borang keahlian. Ia boleh dibeli di kaunter dengan harga RM3.(anda akan diberikan berhelai-helai borang keahlian, bukan sekeping tau..so simpan yang lebih tu untuk daftar ahli yang lain pula jika anda menjadi seorang penjual). Isi maklumat dalam borang dan sertakan wang yang secukupnya.

Jika anda mendaftar dengan cara membeli barang melebihi 200uv, pendaftaran automatik menjadi percuma.

Bagaimana mendaftar menjadi ahli Shaklee di bawah kumpulan saya?
Pendaftaran online anda perlu masukkan maklumat di dalam kotak yang wajib di isi. JANGAN LUPA LETAKKAN ID PENAJA SAYA YEEERR….banyak faedah yang akan saya berikan..baca di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
Jika mendaftar secara walk-in anda  perlu menuliskan nombor penaja anda. Bahagian penaja ini terletak di bawah borang keahlian. Saya sertakan contoh di sini.

Bahagian atas borang keahlian



Bahagian bawah borang keahlian


Tuliskan ID saya dalam borang keahlian anda dan saya akan bantu anda dengan memberikan secara percuma PANDUAN MENJUAL PRODUK SHAKLEE!!
Dengan panduan ini anda akan dilengkapi dengan semua maklumat tentang fungsi setiap vitamin Shaklee, Set Shaklee mengikut jenis penyakit, kaedah pemasaran di media social secara ringkas, pamphlet dan cara untuk promosi secara offline/(edaran rumah ke rumah) dan banyak lagi,…CARANYA ANDA PERLU DAFTAR DENGAN ID SAYA….


Apa yang perlu anda elak jika mendaftar secara walk-in di cawangan?
Di cawangan Shaklee anda mungkin akan di datangi oleh pengedar-pengedar lain. Nasihat saya, JANGAN!! Daftar dengan mereka. Ini kerana anda tidak akan menjadi ahli kumpulan saya. Maka anda tidak layak untuk menerima PANDUAN MENJUAL PRODUK SHAKLEE!!

Anda perlu terus ke kaunter dan beli borang keahlian di kaunter. Jika anda tidak pasti tentang perkara yang perlu dilakukan saya sarankan anda membiarkan saya yang mendaftarkan bagi pihak anda.

Telefon/WhatsApp ke 0129624079. Saya akan membantu anda.

Saya harap anda akan menyertai kami di Shaklee. Produk yang ditawarkan telah terbukti berkesan dan berkualiti. Jangan teragak-agak lagi. insyaAllah anda pasti berjaya..



read more

No comments:

Post a Comment

You may also like these stories

Rahsia kesihatan semulajadi